Terokai aktiviti-aktiviti Tadika Yayasan Islam Terengganu
06/06/2024
Program Celik Abjad dan Peraga Kemahiran Membaca
Program ini bertujuan membantu murid-murid memahami asas-asas membaca dengan mengenal huruf dan bunyinya, yang merupakan langkah pertama dalam proses pembelajaran membaca, memastikan murid-murid mampu membaca perkataan mudah dan memahami teks yang sesuai dengan tahap mereka, Membantu murid-murid bukan sahaja membaca perkataan tetapi juga memahami makna teks, yang penting untuk pembangunan literasi yang lebih mendalam.
Tahniah kepada semua guru yang menjayakan program ini. Pihak tadika juga merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir memberi galakan kepada anak-anak dan bekerjasama dengan guru untuk program ini.
Semoga semua murid mendapat manfaat dan kebaikan daripada program ini.